3 Petanda Orang Pesimis

Posted by BuDakn4ruTo | 3:00 AM | | 0 comments »

1. Mereka suka mencemuh kejayaan yang dicapai
orang lain disekeliling mereka. Mereka mencemuh
untuk mengatakan yang kejayaan orang itu masih
tak setanding dengan keupayaan mereka, seolah-olah
mereka lebih bagus, lebih hebat (padahal mereka masih
tak mencapai apa-apa).

2. Memandang negatif pada semua orang, perkara,
benda dan situasi.

3. Mengata keburukukan orang lain, tetapi masih tak nampak
keburukan, kelemahan dan kekurangan diri. Sepanjang hari,
masanya banyak dihabiskan bercakap soal hidup orang
lain dan apa yang dilakukan oleh mereka.

Jika Anda jumpa orang bersikap pesimis, bagaimana
untuk menangani mereka?

- Buat donno saja, biarkan dia dengan dunianya, Anda
pula dengan dunia Anda. Walaupun mereka cuba kacau
hidup Anda, buat tak endah saja seolah-olah perbuataan
mereka tak mendatangkan kesan pada Anda.

- Jika mereka cuba membuat anda jadi marah, geram atau
sakit hati, sekali lagi biarkan mereka. Usah dilayan,
jangan bertindak balas terlalu cepat dan terlalu drastik.

- Gunakan pertimbangan akal, bukan pertimbangan emosi. Anda
sahut cabaran mereka, ibarat Anda menempa susah untuk
diri sendiri kerana itulah yang mereka mahukan.

- paling penting, usah difikir sangat pasal mereka. Lebih
baik gunakan tenaga mental Anda berfikir soal kemajuan
diri sendiri.


0 comments