Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Kemalangan Memang Tak Berbau

Posted by BuDakn4ruTo | 3:37 AM | | 0 comments »

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza,tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.

Pada satu hari ada seekor orang Athiest ni jalan2 kat utan. Pastu dia kena kejar ngan beruang yang sangat ganas nak makan beliau. Lari punya lari, last2 skali beruang dapat tangkap dia. Orang Athiest ni kata :

"Tuhan, ko tukarkanla beruang ni jadik Kristian. Kalau Ko tukar beruang ni jadi Kristian, aku akan percaya Ko!"

Maka, tuhan dia pun tukorkan beruang tu jadik Kristian.

Then beruang tu sebelum makan Orang Athiest ni, beruang pun baca doa makan, "Dengan nama tuhan, aku makan orang ni. Amen! Hallelujah!" Nyam nyam nyam...

**Hahaha! Padan muka. Kan dah mati... Adake patut ko doa beruang jadik beragama? Doa diri sendiri kan bagos... Matinyer seekor Athiest...

Hikayat Tujuh Biji Nangka

Posted by BuDakn4ruTo | 11:43 PM | | 0 comments »

Adik-adik...pada hari ini akak korang nak bercerita pasal hikayat tujuh biji nangka.

Pada zaman dulu ada sorang pemuda yang tersangatlah miskinnyer dan lurus bendul. Kita namakan ajela beliau sebagai Kassim Selamat. Tapi beliau bukanlah seorang pemain saksofon ataupun buta.

Pada satu hari, Kassim Selamat dapat tau yg tok guru cemerlang gemilang terbilang kat negeri beliau telah wat keputusan nak datang mengajar kat kampung beliau.

Beliau yang merupakan superfan kada guru ni telah bersusah payah dtg seberang sungai tumpang tongkang (eh! sampan) orang sebab nak sangat blaja cara berjalan atas air. Tapi beliau memang kopak abes pokai tahap Otromen Daya dah. Beliau ada 7 bijik nangka je. Tu pun beliau simpan sebab nak wat benih pokok. Maka, beliau pikir "takperla aku korban bijik nangka ni wat bayaran berguru..."

Pada hari otai datang kampung, beliau telah cakap padanya "Saya ada 7 bijik nangka je nak wat bayaran berguru blaja jalan atas air".

Tetiba pada hari itu, guru tersebut telah dipenuhi rasa tamak (biasala yer adik2, orang beriman mmg besar ujian Allah pada mereka) dan kata dalam hati {Ceh! Apala budak ni dahla miskin tapi ada hati nak berguru benda best2. Nak bayar pakai bijik nangka berkurap ni pulak. Eee...geli aku!}

Guru pun kata "Takper. Saya ajar free je. Ikhlas (konon). Awak baca je ayat ni ulang2 dalam pala awak. InsyaAllah awak leh jalan atas air. Cakap TUJUH BIJIK NANGKA TUJUH BIJIK NANGKA TUJUH BIJIK NANGKA ulang2. Pastu jalan atas air."

Kassim Selamat yang bendul ni pun percayala cakap otai sebab guru neh memang bleh jalan atas air. Mungkin tu ler rahsia beliau agaknya???

Maka, Kassim masa nak balik umah dah tak mintak tumpang tongkang org. Beliau dengan yakinnyer percaya ketulusan guru tersebut dan ikut apa yang diajarnyer.

KASIM BERJALAN ATAS AIR. WOW!

Beliau jalan dan selisih dengan sampan guru. Beliau angkat tangan "Menjadikla Tok! Mekasih yer. Alhamdulillah..."

Guru itu terkedu dan mengucap panjang. Menyesal dan bertaubat sebab terrr-berpaling dari
keikhlasan mengajar orang yang nak belajar atas hasutan Syaitan Laknatullah.

Sekian cerita saya.

--------------------


Moralnya di sini :

1. Mengajarla dengan ikhlas. Allah jua akan membalas keikhlasanmu.

2. Berguru la dengan yang Mursyid. Dapat bantu bimbing rohani kita dan timba ilmu yang bermanfa'at.

3. Percaya dan yakin dalam pekerjaan dan ibadat. Selebihnya Allah bantu. InsyaAllah.

4. Simpan duit utk hari tua anda.

--------------------

Jangan jadi gelas

Posted by BuDakn4ruTo | 4:31 PM | | 0 comments »

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya
kebelakangan ini selalu nampak murung.

"Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di
dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu? " sang Guru bertanya.

"Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk
tersenyum. Masalah datang seperti tak ada penghujungnya, " jawab sang
murid muda.

Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.
Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."
Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia melaksanakan permintaan
gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana
yang diminta.

"Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata
Sang Guru. "Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit."
Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini berkerut kerana meminum air
masin.

"Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.

"masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang berkerut
kemasinan.

"Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat
tempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan taburkan ke danau."
Si murid menaburkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa
bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa
masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah
di hadapan guru, terdetik didalam hatinya.

"Sekarang, cuba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil
mencari batu yang cukup rata untuk didudukinya, tepat di pinggir
danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan
membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin
dan segar mengalir di kerongkongnya, Sang Guru bertanya
kepadanya, "Bagaimana rasanya?"

"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan
tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber
air di atas sana . Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.
Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang
tersisa di mulutnya.

"Terasakah rasa garam yang kau taburkan tadi?"

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan
meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya,
membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah
dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.
Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus
kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai
untuk dirimu. Jumlahnya tetap, bergitu saja, tidak berkurang
dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun
demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang
bebas dari penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat
bergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak,
supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu
dalam dadamu itu sebesar danau."

Jangan benci saya, MAMA

Posted by BuDakn4ruTo | 11:31 PM | | 0 comments »

Dua puluh tahun yang lalu saya melahirkan seorang anak Lelaki, wajahnya ensem namun agak bodoh. Sam, suamiku, memberikannya nama Eric. Semakin lama semakin nampak jelas bahwa anak ini memang agak lembab. Saya berniat memberikannya kepada orang lain sahaja.

Namun Sam mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa juga saya membesarkannya.Dua tahun setelah Eric dilahirkan saya pun melahirkan seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Angelica. Saya sangat menyayangi Angelica, demikian juga Sam. Seringkali kami membawanya pergi ke taman hiburan dan membelikannya pakaian yang cantik².

Namun tidak demikian halnya dengan Eric. Ia hanya memiliki beberapa pakaian buruk. Sam berniat membelikannya, namun saya selalu melarangnya dengan memberi alasan untuk berjimat. Sam selalu menuruti apa yang saya katakan. Semasa usia Angelica 3 tahun, Sam meninggal dunia. Eric sudah berumur 5 tahun masa itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin banyak. Kemudian saya menjual rumah untuk membayar semua hutang dan berpindah di sebuah pondok buruk. Disebabkan kehidupan yang terlalu susah, akhirnya saya mengambil tindakan yang akan membuat saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung bersama Angelica. Eric yang sedang tidur lena saya tinggalkan begitu saja. . Setahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun.. telah berlalu sejak kejadian itu.

Saya telah menikah semula dengan Brad, seorang lelaki yang baik. Setelah berkahwin selama 5 tahun. Disebabkan Brad sifat-sifat buruk saya yang pemarah, ego, dan tinggi diri, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Angelica telah berumur 13 tahun dan kami menyekolahkan dia di asrama . Tidak ada lagi yang ingat tentang Eric.

Sampai suatu malam. Malam di mana saya bermimpi tentang seorang anak. Wajahnya agak ensem namun nampak pucat sekali. Ia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum ia berkata, Makcik, Makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada Mama!�

Setelah berkata demikian dia mulai beranjak pergi, namun saya menahannya, Tunggu,saya macam kenal kamu. Siapa namamu anak manis?

Nama saya Elic, Makcik.

Eric? Eric? Ya Tuhan! Kau benar-benar Eric?�

Saya langsung tersentak dan bangun. Rasa bersalah, kesal dan berbagai perasaan aneh lainnya menerpa kedalam diri saya saat itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah ironis yang terjadi dulu seperti sebuah film yang dimainkan dikepala saya. Baru sekarang saya menyadari betapa jahatnya perbuatan saya dulu.Rasanya seperti mau mati saja saat itu. Ya, saya harus mati, mati, mati. Ketika tinggal seinci jarak pisau yang akan saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Eric melintas kembali dipikiran saya. Ya Eric, Mama akan menjemputmu Eric

Petang itu saya memarkir kereta saya di simpang sebuah pondok buruk, dan Brad dengan pandangan heran menatap saya dari tepi. Mary, apa yang sebenarnya terjadi?

Oh, Brad, kau pasti akan membenciku setelah saya menceritakan hal yang telah saya lakukan dulu.Tapi aku terpaksa juga menceritakannya sambil menangis

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia telah memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Setelah tangis saya reda, saya keluar dari kereta diikuti oleh Brad dari belakang. Mata saya memandang tepat pada pondok buruk yang berada 5 meter dari hadapan saya. Saya mulai teringat betapa pondok buruk itu pernah saya meninggalkan Eric.. Eric...

Saya meninggalkan Eric di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok buruk tersebut dan membuka pintu yang terbuat dari bambu itu. Gelap sekali. Tidak terlihat sesuatu apa pun! Perlahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu.

Namun saya tidak menemui sesiapapun juga di dalamnya. Hanya ada sepotong kain buruk yang bersepah di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain tersebut sebagai bekas baju buruk yang dulu dipakai oleh Eric setiap hari

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sulit dilukiskan, saya pun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Brad mulai memasuki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu agak gelap. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang kelihatan kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Tiba-tiba menegur saya dengan suaranya yang parau.

Hei! Siapa kamu?! Kamu mau apa datang kesini?

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, Makcik, Makcik kenal ka dengan seorang budak bernama Eric yang dulu tinggal di sini? Saya ibunya.

Ia menjawab, Kalau kamu ibunya, kamu sungguh perempuan terkutuk! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Eric terus menunggu ibunya dan memanggil, Mama, Mama! Kerana tidak sampai hati melihatnya, saya selalu memberinya makan dan mengajaknya untuk tinggal Bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Eric meninggalkan secarik kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu.

Saya pun membaca tulisan di kertas itu.

Mama, mengapa Mama tidak pernah kembali lagi? Mama marah sama Eric, ya? Ma, biarlah Eric yang pergi saja, tapi Mama harus berjanji kalau Mama tidak akan marah lagi sama Eric. Bye, Ma

Saya menjerit histeris membaca surat itu. Makcik, tolong katakan katakan di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi, Makcik! Tolong katakan..!!

Brad memeluk tubuh saya yang bergetar keras.

Puan, semua sudah terlambat. Sehari sebelum puan datang, Eric telah meninggal dunia. Ia meninggal di belakang pondok buruk ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok buruk ini tanpa ia berani masuk ke dalamnya. Ia takut apabila Mama-nya datang, Mama-nya akan pergi lagi bila melihatnya ada di dalam sana dan hanya berharap dapat melihat Mama-nya dari belakang pondok buruk ini Meskipun hujan lebat, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu puan di sana.

Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.

Hadiah Terindah

Posted by BuDakn4ruTo | 7:01 PM | | 0 comments »

Menjelang hari Raya, seorang ayah membeli beberapa gulung kertas hadiah.

Salah seorang putrinya yang masih kecil, meminta satu gulung.

"Untuk apa ?", tanya sang ayah.

"Untuk hadiah, mau kasih hadiah," jawab si kecil.

"Jangan dibuang-buang ya. ..," pesan si ayah sambil memberikan satu gulungan kecil.

Pada hari Raya, pagi-pagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya,Pa, Pa , ada hadiah untuk Papa.

Sang ayah yang masih mamai-mamai dengan mata yang belum terbuka, menjawab, "Sudahlah, nanti saja."

Tetapi si kecil pantang menyerah, "Pa, Pa, bangun Pa, sudah siang."

Ah, kamu buat apa ni, pagi-pagi sudah kejutkan Papa, jawab si ayah.

Sang ayah mengenali kertas hadiah yang pernah ia berikan kepada anaknya.
"Hadiah apa nih?", tanyanya.
"Hadiah hari Raya untuk Papa. Buka la Pa, buka sekarang."

Dan sang ayah pun membuka bungkusan itu. Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga. "Ah, ini kan kotak kosang saja. Membazir kertas hadiah Papa saja. Kan mahaltu, kata sang Ayah.

Si kecil menjawab, "Tidak Pa, tak kosong. Tadi, Putri masukan begitu buaanyaak ciuman untuk Papa.

Sang ayah terharu, ia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya sang putri sambil berpesan, "Putri, Papa belum pernah menerima hadiah seindah ini. Papa akan selalu menyimpan box ini. Papa akan bawa ke pejabat dan sekali-sekali kalau perlu ciuman Putri, Papa akan mengambil satu. Nanti kalau kosong, diisi lagi ya!"

PERSPEKTIF :
Box kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi ? Lalu, kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata sang ayah, di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya kotak kosong. Kosong bagi seseorang bisa dianggap penuh oleh orang lain. Sebaliknya, penuh bagi seseorang bisa dianggap kosong oleh orang lain. Kesimpulannya, Kosong dan penuh - dua-duanya merupakan produk dari "pikiran" anda sendiri.

Sebagaimana kita memandang hidup, demikianlah kehidupan.

Hidup menjadi berarti, bermakna, kerana kita memberikan arti, memberikan makna kepadanya.

Dan sebaliknya, hidup bagai lembaran kosong saat kita tidak memberikan makna, tidak memberikan arti keatasnya.

Renungan Bagi Yang Sibuk Berkerja

Posted by BuDakn4ruTo | 6:18 PM | | 0 comments »

Seperti biasa seorang ayah yang mempunyai jawatan yang tinggi di sebuah syarikat swasta di KL, tiba di rumahnya pada pukul 9 malam. Tidak seperti biasanya, Min, anak pertamanya yang baru berumur 7 tahun membukakan pintu untuknya. Nampaknya Min sudah menunggu bapanya dalam masa yang lama.

"Eh, belum tidur ?" sapa Si Ayah sambil mencium anaknya.

Biasanya Min memang sudah tidur ketika dia pulang dan akan bangun ketika dia ingin pergi ke pejabat keesokan harinya.

Sambil mengikut dari belakang si Ayah menuju ke ruang tamu, Min menjawab,

"Aku menunggu Papa pulang. Sebab aku mau tanya berapa gaji Papa ?"

"Eh napa mahu tahu berapa gaji Papa ? Mau minta duit lagi, ya ?"

"Ah, tidak la. Ingin tahu saja" ucap Min singkat.

"Ok. Kamu boleh kira sendiri. Setiap hari Papa bekerja sekitar 10 jam dan dibayar RM 400 sehari, Setiap bulan kebiasaannya ada 22 hari berkerja. Sabtu dan Ahad Cuti, kadang2 Sabtu Papa masih kerja. Jadi, gaji Papa dalam satu bulan berapa?"

Min berlari mengambil kertas dan pensilnya dari meja belajar sementara Papanya membuka kasut dan meng'on'kan TV. Ketika si Ayah ingin menuju ke bilik untuk menukar pakaian, Min berlari mengikutinya.

"Kalau satu hari Papa dibayar RM400 untuk 10 jam, bererti satu jam Papa dibayar RM40 kan" katanya.

"Wah, pintar anak papa. Sudah, sekarang cuci kaki dan pi tidur" perintah Si Ayah

Tetapi Min tidak mau bergerak. Sambil menyaksikan Papanya menukar pakaian,
Min kembali bertanya, "Papa, boleh aku pinjam duit RM5 ker?"

"Buat apa minta duit malam-malam begini ?
Papa penat ni. Dan mau mandi dulu. Tidurlah".

"Tapi Papa..."

Lalu Si Ayah pun hilang sabar dengan perangai anaknya. "Papa bilang tidur !" hardiknya mengejutkan Min. Anak kecil itu pun berlari menuju biliknya.

Selesai mandi, Si Ayah merasa bersalah dengan tindakannya tadi. Dia pun mengintai Min dibilik tidurnya. Anak kesayangannya itu masih belum tidur. Min didapati sedang terisak-isak pelan sambil memegang duit RM10 & RM5.

Sambil berbaring dan membelai rambut Min, si Ayah berkata,
"Maafkan Papa, sayang, sebenarnya Papa sayang Min.
Tapi Min nak buat apa minta duit malam-malam ni ?
Kalau mau beli mainan, besok kan boleh.
Jangankan RM5,- lebih dari itu pun Papa berikan" jawab Si Ayah.

"Papa, aku bukan nak minta duit. Aku hanya nak pinjam saja.
Nanti aku bayar balik kalau sudah menabung dari duit belanja sekolah".

"Iya, iya, tapi buat apa ?" tanya Si Ayah lembut.

"Aku menunggu Papa dari jam 8.
Aku mau mengajak Papa main ular tangga.
Tiga puluh minit saja.
Mama selalu cakap kalau masa Papa itu sangat berharga.
Jadi, aku mau ganti masa Papa.
Aku buka tabunganku, hanya ada RM15 saja,-
tapi kerana Papa bilang satu jam Papa dibayar RM40,
maka setengah jam aku harus membayar papa RM20,
Tapi duit tabunganku kurang RM5,
makanya aku mau pinjam dari Papa" kata Min.

Si Ayah pun terdiam. Dia kehilangan kata-kata. Dipeluknya tubuh kecil itu erat-erat dengan perasaan haru. Dia baru menyadari, ternyata limpahan harta yang dia berikan selama ini, tidak cukup untuk "membeli" kebahagiaan anaknya.