Hikayat Tujuh Biji Nangka

Posted by BuDakn4ruTo | 11:43 PM | | 0 comments »

Adik-adik...pada hari ini akak korang nak bercerita pasal hikayat tujuh biji nangka.

Pada zaman dulu ada sorang pemuda yang tersangatlah miskinnyer dan lurus bendul. Kita namakan ajela beliau sebagai Kassim Selamat. Tapi beliau bukanlah seorang pemain saksofon ataupun buta.

Pada satu hari, Kassim Selamat dapat tau yg tok guru cemerlang gemilang terbilang kat negeri beliau telah wat keputusan nak datang mengajar kat kampung beliau.

Beliau yang merupakan superfan kada guru ni telah bersusah payah dtg seberang sungai tumpang tongkang (eh! sampan) orang sebab nak sangat blaja cara berjalan atas air. Tapi beliau memang kopak abes pokai tahap Otromen Daya dah. Beliau ada 7 bijik nangka je. Tu pun beliau simpan sebab nak wat benih pokok. Maka, beliau pikir "takperla aku korban bijik nangka ni wat bayaran berguru..."

Pada hari otai datang kampung, beliau telah cakap padanya "Saya ada 7 bijik nangka je nak wat bayaran berguru blaja jalan atas air".

Tetiba pada hari itu, guru tersebut telah dipenuhi rasa tamak (biasala yer adik2, orang beriman mmg besar ujian Allah pada mereka) dan kata dalam hati {Ceh! Apala budak ni dahla miskin tapi ada hati nak berguru benda best2. Nak bayar pakai bijik nangka berkurap ni pulak. Eee...geli aku!}

Guru pun kata "Takper. Saya ajar free je. Ikhlas (konon). Awak baca je ayat ni ulang2 dalam pala awak. InsyaAllah awak leh jalan atas air. Cakap TUJUH BIJIK NANGKA TUJUH BIJIK NANGKA TUJUH BIJIK NANGKA ulang2. Pastu jalan atas air."

Kassim Selamat yang bendul ni pun percayala cakap otai sebab guru neh memang bleh jalan atas air. Mungkin tu ler rahsia beliau agaknya???

Maka, Kassim masa nak balik umah dah tak mintak tumpang tongkang org. Beliau dengan yakinnyer percaya ketulusan guru tersebut dan ikut apa yang diajarnyer.

KASIM BERJALAN ATAS AIR. WOW!

Beliau jalan dan selisih dengan sampan guru. Beliau angkat tangan "Menjadikla Tok! Mekasih yer. Alhamdulillah..."

Guru itu terkedu dan mengucap panjang. Menyesal dan bertaubat sebab terrr-berpaling dari
keikhlasan mengajar orang yang nak belajar atas hasutan Syaitan Laknatullah.

Sekian cerita saya.

--------------------


Moralnya di sini :

1. Mengajarla dengan ikhlas. Allah jua akan membalas keikhlasanmu.

2. Berguru la dengan yang Mursyid. Dapat bantu bimbing rohani kita dan timba ilmu yang bermanfa'at.

3. Percaya dan yakin dalam pekerjaan dan ibadat. Selebihnya Allah bantu. InsyaAllah.

4. Simpan duit utk hari tua anda.

--------------------

0 comments