Showing posts with label Motiv4si. Show all posts
Showing posts with label Motiv4si. Show all posts

50 tips menbersihkan jiwa

Posted by BuDakn4ruTo | 9:28 PM | | 0 comments »

  • Bersyukur apabila mendapat nikmat.
  • Sabar apabila mendapat kesulitan.
  • Tawakal apabila mempunyai rencana/ program/rancangan
  • Ikhlas dalam segala amal perbuatan
  • Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.
  • Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
  • Jangan putus -asa dalam menghadapi kesulitan.
  • Jangan terasa rendah dengan kekayaan orang lain.
  • Jangan hasad dengki dengan kejayaan orang.
  • Jangan sombong jika memperoleh kejayaan.
  • Jangan tamak kepada harta dunia.
  • Jangan terlalu bongkak dengan pangkat/kedudukan diri.
  • Jangan hancurkerana kezaliman.
  • Jangan goyah dengan fitnah.
  • Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
  • Jangan dekati harta yang haram.
  • Jangan sakiti ibu bapa.
  • Jangan usir orang yang meminta.
  • Jangan sakiti anak yatim.
  • Jauhkan diri daripada dosa-dosa besar mahupun yang kecil.
  • Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
  • Banyakkan kunjungan ke rumah Allah (masjid)
  • Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk.
  • Lakukan solat fardhu di awal waktu, sebaik2nya berjamaah di masjid.
  • Biasakan diri bersolat waktu malam.
  • Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
  • Lakukan puasa wajid dan puasa sunat.
  • Sayangi dan sopan santun terhadap fakir miskin.
  • Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah.
  • Jangan marah berlebih-lebihan( panas baran )
  • Cintailah seseorang kerana Allah dan tidak berlebih-lebihan.
  • Bersatulah kerana Allah dan Berpisahlah kerana Allah.
  • Berlatih supaya konsentrasi fikiran ( tumpuan - tidak hayal )
  • Tepati janji jika berjanji dan minta maaf jika sesuatu itu tidak dapat dipenuhi.
  • Jangan bermusuhan kecuali dengan syaitan dan iblis.
  • Jangan percayai ramalan manusia.
  • Jangan terlampau takut pada kemiskinan.
  • Hormati setiap orang ( tua atau yang muda )
  • Jangan terlampau takut pada manusia.
  • Jangan sombong , takabbur dan besar kepala (degil)
  • Berlaku adil dalam segala urusan.
  • Banyakkan beristighfar dan taubat kepada Allah.
  • Bersihkan rumah daripada patung2 berhala/ patung2 hiasan.
  • Hiasilah rumah dengan ayat2 Al-Quran yang suci.
  • Perbanyakkan silatul-rahim .
  • Tutup aurat bersesuaian dengan petunjuk Islam.
  • Elakkan bermusuhan
  • Berbicara secara aman.
  • Beristeri/bersuami jika cukup mampu dan bersedia.
  • hargai waktu, disiplin diri dan manfaatkan waktu.

Ajari Aku Memeluk Landak

Posted by BuDakn4ruTo | 12:50 PM | | 0 comments »

Min menunggu dengan penuh debaran. Kaki kecilnya bolak-balik melangkah
dari ruang tamu ke pintu depan. Diliriknya jalan raya depan rumah.
Belum ada. Min masuk lagi. Keluar lagi. Belum ada. Masuk lagi.
Keluar lagi. Begitu terus selama hampir satu jam. Suara si Mbok yang
menyuruhnya berulang kali untuk makan duluan, tidak didengar.

Pukul 18.30. Tinnn... Tiiiinnnnn...!! Min melompat girang!
Mama pulang! Papa pulang! Dilihatnya dua orang yang sangat dia sayangi
itu masuk ke rumah.

Si Papa terus menuju ke bilik mandi. Si Mama mengempaskan diri
di sofa sambil mengurut-urut kepala. Wajahnya nampak letih stelah
bekerja seharian, mencari nafkah bagi keluarga. Bagi si kecil Min
juga, yang tentunya belum mengerti banyak. Di otaknya yang kecil,
Min cuma tahu, dia rindu Mama dan Papa, dan dia girang Mama dan
Papanya pulang.

"Mama, mama.... Mama, mama...." Min menggerak-gerakkan
tangan. "Mama...." Mama diam saja. Dengan cemas Min
bertanya, "Mama sakit ya? Mana yang sakit? Mama, mana yang sakit?"

Mama tidak menjawab. Hanya mengernyitkan alis sambil memejamkan mata.
Min makin banyak bertanya, "Mama, mama... mana yang sakit? Min
ambilkan ubat ya? Ya? Ya?"

Tiba-tiba... "Min!! Kepala mama pening ni! Kamu jangan bising!"
Mama bercakap dengan suara tinggi.

Terkejut, Min mundur perlahan. Matanya menyipit. Kaki kecilnya
gemetar. Bingung. Min salah apa? Min sayang Mama... Min
salah apa? Takut-takut, Min menyingkir ke sudut ruangan. Mengamati
Mama dari jauh, yang kembali mengurut-ngurut kepalanya. Otak kecil
Min terus bertanya-tanya: Mama, Min salah apa? Mama tidak suka
dekat-dekat Min? Min mengganggu Mama? Min tidak boleh sayang
Mama, ya? Berbagai peristiwa macam ni terjadi. Dan otak kecil Min
mengingat semuanya.

Maka tahun² berlalu. Min tidak lagi kecil. Min bertambah
tinggi. Min remaja. Min mulai beranjak menuju dewasa.

Tin.. Tiiinnn... ! Mama pulang. Papa pulang. Min menurunkan kaki
dari meja. Mematikan TV. Terus naik ke atas, ke biliknya, dan
menguncikan pintu. Menghilang dari pandangan.

"Min mana?"

"Sudah makan duluan, Tuan, Nyonya."

Malam itu mereka kembali hanya makan berdua. Dalam kesunyian berpikir
dengan hati terluka: Mengapa anakku sendiri, yang kubesarkan dengan
susah payah, dengan kerja keras, nampaknya tidak suka menghabiskan
waktu bersama-sama denganku? Apa salahku? Apa dosaku? Ah, anak zaman
sekarang memang tidak tahu hormat orangtua! Tidak seperti zaman dulu.

Di atas, Min mengamati dua orang yang paling disayanginya dalam
diam. Dari jauh. Dari tempat di mana ia tidak akan terluka. "Mama,
Papa, katakan padaku, bagaimana caranya memeluk seekor landak?"

************************************************** *************
Kata Bijak

Satu cara terpenting dalam membantu anak-anak menjadi dewasa adalah
kita harus menjadi dewasa terlebih dahulu.

************************************************** *************

4 Jenis Manusia

Posted by BuDakn4ruTo | 9:10 PM | | 0 comments »

1. Orang yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahwa dia tidak tahu, dia adalah orang tolol.
Jauhilah dia...

2. Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu, dia adalah orang yang sedar.
Ajarilah dia...

3. Orang yang tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tahu, orang itu sedang tidur.
Bangunilah dia...

4. Orang yang tahu, dan tahu bahwa dia tahu, orang itu adalah bijaksana.
Ikutilah dia...

Lidah

Posted by BuDakn4ruTo | 4:56 PM | | 0 comments »

Lidah....organ terkecil dari tubuh kita, tapi nahkoda yang mengendalikan seluruh hidup kita. Bergantung bagaimana kita memegang kemudi itu. Jika kita tak boleh mengendalikannya, hancurlah seluruh hidup kita. Satu sumber mata air yang dapat memancarkan kasih dan pahit.

Lidah...lima huruf, tapi memiliki kesan yang sangat tinggi dalam hidup ini. Dia dapat menyakiti, dia dapat juga memberkati orang dengan kata-kata lembutnya. Dia dapat membuat orang menangis, dia dapat juga membuat orang tersenyum. Dia dapat membunuh, dia dapat juga mendamaikan. Dia dapat menimbulkan konflik, dia dapat juga mempersatukan.

Lidah...kerana dia, persahabatan yang tak terbina dengan baik boleh hancur dengan salah paham. Kerana dia, sepasang kekasih memutuskan berpisah oleh kurangnya pengertian dan keegoan satu sama lain. Kerana dia juga, suami isteri yang tak teguh memegang komitmen hidup akhirnya memutuskan bercerai. Kerana dia, para pemuda jatuh dalam lubang kebinasaan. Kerana dia, dua suku bangsa dapat bertengkar hanya dipicu satu orang saja. Kerana dia, dua negara yang berdamai boleh terpecah belah.

Lidah...dia membuat orang boleh menjadi marah, memfitnah, membunuh, ego, tidak boleh mengerti keadaan orang lain, menang sendiri, acuh tak acuh, sinis, iri hati dan dendam. Tapi lidah juga membuat hati yang beku menjadi hancur, hati yang dipenuhi dendam dapat luluh oleh adanya kata-kata bijak,

Tetapi kadangkala manusia mengabaikan betapa pentingnya komunikasi. Mereka tak pernah berpikir kesan yang kan terjadi bila kata-kata itu keluar dari mulut mereka. Lidah dapat mengeluarkan perkataan yang baik jika dikendalikan oleh nahkoda yang bijaksana pula. Sebaliknya lidah dapat mengeluarkan perkataan yang menyakitkan jika berada di tangan nahkoda yang akhlaknya buruk.

Komunikasi yang terbina dengan baik boleh menjadi akhir yang sangat membahagiakan dan melegakan dahaga di hati. Dua insan yang bertengkar dapat bersatu kerana adanya kata-kata yang lembuat keluar dari seorang bijak. Sepasang kekasih yang bertengkar dapat kembali bersatu kerana adanya insan yang mendamaikan, meski insan itu menyukai salah satunya. Negara yang sudah tercerai berai dapat bersatu kerana adanya kata-kata bijak dari sang diplomat.

Lidah yang baik adalah lidah yang ingin sahabatnya bahagia, dan ingin menyatukan persahabatan walau sudah di ujung tanduk; lidah yang berusaha agar kekasihnya dapat kembali lagi padanya, meski sudah tak ada yang dapat dilakukannya; lidah yang ingin agar sahabatnya tersenyum kembali walaupun dia kecewa padanya dan tak ingin menyakitinya. Lidah yang baik adalah lidah yang selalu menyayangi orang lain, meski orang itu melukai perasaannya.

Jadilah lidah-lidah yang memberkati orang-orang di sekelilingmu, nahkoda-nahkoda yang membuat orang lain tersenyum, nahkoda yang memberi ketenangan dan kedamaian....

Bersyukurlah!!!!

Posted by BuDakn4ruTo | 4:54 PM | | 0 comments »

Bersyukurlah kerana engkau tidak memiliki semua yang diinginkan
Jika kau miliki semuanya, apa lagi yang hendak dicari ?

Bersyukurlah saat engkau tidak mengetahui sesuatu
Kerana hal itu memberimu kesempatan untuk belajar

Bersyukurlah atas masa-masa sulit yang kau hadapi
Kerana disana ada kesempatan mengembangkan diri

Bersyukurlah atas keterbatasan yang engkau miliki
Kerana hal itu memberimu kesempatan untuk memperbaiki diri

Bersyukurlah atas setiap cabaran yang baru
Kerana hal itu akan membangun kekuatan mu

Bersyukurlah atas kesalahan yang kini kau sadari
Kerana hal itu memberimu pelajaran yang sangat berharga

Bersyukurlah ketika engkau lelah dan bosan
Kerana berarti engkau telah berbuat sesuatu yang berarti

Mudah mensyukuri hal-hal yang baik
Namun kehidupan yang bermakna
Dinikmati mereka yang juga bersyukur atas kesulitan

Rasa syukur boleh mengubah hal negatif menjadi positif
Berusahalah mensyukuri kesulitan yang engkau hadapi
Sehingga kesulitan itu menjadi kesenangan bagimu

Semoga Kita sentiasa Bersyukur Dengan Pemberiannya...
InsyaALLAH

15 Perkara Berkenaan Manusia

Posted by BuDakn4ruTo | 4:49 PM | | 0 comments »

01. Musuh manusia yang terbesar adalah dirinya sendiri.
02. Kecelakaan manusia yang terbesar adalah sombong.
03. Kebodohan manusia yang terbesar adalah menipu.
04. Kesedihan manusia yang terbesar adalah iri hati.
05. Kesalahan manusia yang terbesar adalah pelampiasan nafsu.
06. Kemunafikan manusia yang terbesar adalah licik.
07. Kegagalan manusia yang terbesar adalah rendah diri.
08. Kebanggaan manusia yang terbesar adalah Ketabahan Hati.
09. Kehancuran manusia yang terbesar adalah putus asa.
10. Kekayaan manusia yang terbesar adalah sihat wal'afiat.
11. Ketidakmampuan manusia yang terbesar adalah bayar hutang budi.
12. Keluhuran manusia yang terbesar adalah memaafkan.
13. Kekurangan manusia yang terbesar adalah Mengungut.
14. Ketenangan manusia yang terbesar adalah murah hati.
15. Kebajikan manusia yang terbesar adalah rela berkorban.

Kekal Waras Di Jalan Raya

Posted by BuDakn4ruTo | 6:31 PM | | 0 comments »

Mungkin anda pernah dengar kenyataan tentang rakyat negara ini yang amat peramah tetapi berubah dengan mendadak sebaik sahaja memandu di jalan raya.

Ada pemandu yang berhemah, ada yang baru ‘belajar’ memandu dan ada pula yang seperti pemandu lagak ngeri di jalan raya Malaysia.

Bagaimanapun, bilangan yang memandu secara berbahaya ‘dengan sengaja’ mungkin tidak sebanyak yang memandu dengan baik ataupun sedang cuba memandu dengan baik.

Sesekali terdapat juga di kalangan pemandu yang suka melakukan perkara yang menyakitkan hati seperti memperlahankan kenderaan semata-mata untuk melihat kemalangan atau kenderaan rosak di tepi jalan.

Tindakan sebegini bukan sahaja berbahaya kerana mengalihkan pandangan pemandu ke tepi malahan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk yang tidak sepatutnya berlaku.

Pemandu lain yang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas itu akan berasa lebih tertekan jika sedang mengejar masa ataupun jika mereka dalam perjalanan pulang selepas penat bekerja seharian.

Sakit hati, sakit kepala dan sakit jiwa dengan cara pemanduan sebilangan kecil pemandu bermasalah ini mungkin memberi kesan mendalam kepada emosi kebanyakan pemandu lain di jalan raya.

Pakar Psikologi Hospital Pantai Indah, Kuala Lumpur, Choo Leong Huey Mei menjelaskan, stres kepada pemandu atau penumpang di jalan raya akan menjadikan pemikiran mereka lebih negatif dan senang marah.

“Rasa geram, marah dan tertekan akan mengganggu fikiran pemandu menyebabkan mereka cepat melenting.

“Pemandu yang tidak dapat menampung tekanan ini menjadikan jalan raya tempat melepaskan geram dengan memecut atau mengejar pemandu lain yang memotong atau menghimpit kenderaannya sebelum itu,” katanya.

Menurut beliau, seorang pemandu yang tenang mungkin tidak terlalu mengambil kisah perbuatan ‘kurang ajar’ sesetengah pemandu lain serta lebih suka menyelesaikan masalah seperti kemalangan kecil dengan cara baik.

Tambahnya, pemandu yang stres dan sedang marah pula mungkin akan mengambil tindakan melulu terhadap individu yang memandu secara berbahaya dan berkemungkinan besar memilih cara perbalahan untuk menyelesaikan masalah kemalangan.

Bagaimanapun, aksi memecut pemandu stres dengan pelumba haram jalan raya adalah berbeza kerana pelumba haram melakukannya untuk hiburan dan bergembira.

Bagi golongan ini, memandu laju dan berlumba memberikan kegembiraan dan lebih suka kalau risikonya lebih tinggi. Pelumba jalan raya menjadi antara penyumbang kepada stres pemandu lain yang kebanyakannya hanya menggunakan jalan raya untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Pemandu stres yang mencapai kemuncak kesabarannya pula mungkin akan memecut dan mengejar walaupun tahu tindakan itu berbahaya dan tidak membawa faedah.

Personaliti seseorang pemandu juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap tindakan agresif yang diambil ketika sedang marah, terutamanya bagi mereka yang tidak mahu mengalah.

Ini jelas ketika pemandu yang tidak mahu memberi jalan kepada kenderaan lain yang telah memberikan isyarat untuk menukar lorong ataupun mereka yang mengejar pemandu yang mengangkat lampu tinggi atau membunyikan hon.


Kerisauan diri juga makin tinggi kerana khuatir individu lain di dalam kenderaan itu, sama ada mereka itu jahat, kurang siuman atau suka meraba.

Kanak-kanak pula akan lebih tertekan jika terpaksa menghabiskan masa yang panjang di dalam kereta atau pengangkutan awam kerana tidak selesa dan membuatkan mereka cepat letih.

Selain itu, cuaca panas akan menyebabkan kanak-kanak cepat meragam kerana sudah tidak tahan berada di atas jalan raya sepanjang masa.

* Tanda stres

Menurut Huey Mei, pengguna jalan raya perlu mengenal pasti tanda-tanda tekanan perasaan, terutamanya bagi pemandu kerana perubahan fisiologi dan mental akan mempengaruhi cara pemanduan mereka.

“Ketegangan otot, denyutan jantung yang laju dan berpeluh (dalam keadaan sejuk) menjadi antara tanda awal stres.

“Stres berpanjangan pula akan membawa kepada penyakit jantung, otot kejang, sakit belakang, sakit kepala dan sakit leher kelak,” ujarnya.

Tambah beliau, seseorang yang sering tertekan akan menjadi seorang pemarah dan senang meradang.

Jelasnya, perubahan sikap ini bukan sahaja akan mengganggu komunikasi dengan ahli keluarga mereka malahan akan memburukkan kebolehan seseorang bersosial di luar dan di tempat kerja.

Lebih buruk lagi jika tahap kesabaran seseorang pemandu sampai ke kemuncaknya, boleh membawa kepada pergaduhan besar dengan pemandu lain di jalan raya atau lebih teruk lagi, melahirkan lebih ramai golongan pembuli jalan raya.

Pengeluaran hormon adrenalina oleh badan pula dikaitkan dengan peningkatan ketegangan kepada otot-otot badan dan degupan jantung lebih laju sebagai tindak balas terhadap kejadian mengejutkan seperti dipintas atau brek kecemasan.

Selain tidak dapat mengawal kemarahan dan semakin mudah meradang, pemandu yang stres juga akan berasa kurang gembira dengan kehidupan sehariannya serta tidak dapat tidur dengan nyenyak.

Masalah tidak cukup tidur ini pula akan menyebabkan badan sentiasa terasa letih, kurang bertenaga untuk bekerja, hilang selera makan dan kurang berminat melakukan aktiviti luar.

Tanda-tanda stres di jalan raya:

* otot tegang di bahu, belakang leher dan bahagian lain badan

* ketip gigi - otot muka tegang akibat emosi memuncak*

* tekanan darah naik, berpeluh (walaupun sejuk)

* jantung berdenyut laju

* pupil mata menjadi lebih besar.

Beberapa kesan stres terhadap kesihatan

* Darah tinggi

* Lelah

* Penyakit kulit jerawat, psoriasis dan ekzema

* Sakit jantung dan strok

* Masalah sinus atau resdung

* Kemahuan seksual yang lebih rendah

* Gangguan tidur

* Sakit kepala atau migrain

* Kemurungan.

* Kawal kemarahan

Untuk menenangkan diri dan mengawal kemarahan, anda juga perlu mengenali perubahan fisiologi ketika marah atau stres.

Dari segi fisiologi, perubahan pada kelajuan nafas dan denyutan jantung pemandu yang sedang marah amat sukar untuk dikawal.

Perasaan marah yang membuak-buak juga sukar dipendam sehinggakan membawa kepada tindak balas yang lebih agresif terhadap semua perkara walau sekecil mana sekalipun.

Huey Mei menjelaskan minda manusia boleh dilatih untuk bersabar dan berfikiran secara waras dan tidak terlalu mengikut emosi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Kita perlu tetapkan dalam minda untuk bersabar dan tidak mengambil sesuatu tindakan yang boleh membuat kita menyesal di kemudian hari.

“Sebagi contoh, tindakan menggunakan pengunci stereng untuk memukul pemandu yang membuatkan kita marah akan menjadikan anda seorang yang lebih agresif dan akan mengulang perbuatan itu lagi kelak,” katanya.

Kata beliau, alat seperti pengunci stereng itu sepatutnya hanya digunakan sebagai alat mempertahankan diri dan bukan untuk menyakiti individu lain dengan sesuka hati.

Sifat memukul ini juga jelas dilihat dalam kejadian pembuli jalan raya di mana mereka menggunakan objek keras untuk memukul kereta atau pemandu yang membuatkan mereka marah.

Berkemungkinan juga golongan pembuli ini pada asalnya hanya pemandu biasa yang berhemah tapi lama-kelamaan semakin agresif akibat tidak dapat menahan kemarahan terhadap pemandu yang memandu secara melulu.

Terdapat beberapa langkah bagi mengelakkan diri menjadi seorang yang terlalu agresif.

Perkara paling utama adalah dengan mengingatkan dan berjanji pada diri untuk tidak membuat sesuatu yang akan disesali pada kemudian hari. Tiada makna dalam mengejar pemandu lain yang kurang ajar.

Apa yang dapat dilakukan jika anda dapat mengejar mereka? Sikap kejar-mengejar ini hanya akan menggalakkan pemanduan secara berbahaya, memecut laju, pergaduhan dan perlumbaan di jalan raya.

Selain itu, anda juga boleh melepaskan rasa geram dan marah dengan menjerit di dalam kereta.

Tindakan ini tiada apa-apa faedah tetapi dapat melepaskan kemarahan yang timbul akibat cara pemanduan berbahaya pemandu lain.

Selepas menjerit, anggap sahaja anda sudah melepaskan kemarahan itu dan lupakan sahaja pemandu yang kurang ajar itu kerana tindakan mahu berbalah dengan pemandu itu hanya akan merumitkan lagi keadaan.

Adalah tidak elok untuk seseorang itu memendamkan perasaan atau berpura-pura tidak marah kerana lama-kelamaan ia akan terkumpul dan meletus juga.

Cuba mengawal pernafasan, mendengar muzik lembut atau radio kerana telatah penyampai radio mungkin membantu menenangkan diri.

Anda juga boleh cuba mencari jalan yang lebih berkesan untuk meluahkan perasaan marah tanpa memberikan kesan buruk kepada diri sendiri atau individu lain.

Individu yang mengamalkan aktiviti senaman khas atau meditasi tertentu lebih mudah menenangkan diri kerana telah melatih diri kembali tenang ketika sedang marah. Namun, bagi golongan biasa yang tidak pernah melatih diri bertenang, ini amat sukar untuk dicapai.

Anda boleh mencuba cara hipnosis diri dengan ‘memberitahu’ diri sendiri untuk bertenang, tidak mahu cari masalah atau perbuatan pemandu tadi cuai dan mencemaskan tetapi tidak menyebabkan sebarang kerosakan.

Jika keadaan lalu lintas sesak pula, fahami bahawa tiada apa yang boleh dilakukan kerana kenderaan anda telah terperangkap dan tiada faedahnya menyakit hati dengan menyumpah atau memarahi pemandu lain.

Kaedah meditasi mini pula memerlukan anda untuk mengosongkan fikiran dan jangan banyak berfikir.

Ini dapat membantu menenangkan minda sambil mengisikan fikiran dengan sesuatu yang menenangkan minda seperti pemandangan cantik di pantai, gunung, awan atau ketenangan sewaktu sedang tidur.

Cara ini bukan sesuatu yang mudah dan akan memerlukan latihan berterusan. Belajar cara tersendiri untuk bertenang tetapi jangan tunggu sehingga rasa hampir mengamuk untuk melatih diri bertenang.

Muzik juga sesuai digunakan untuk bertenang tetapi bukan semua muzik boleh menenangkan perasaan.

Muzik spa, muzik lembut atau bunyi semula jadi lebih menenangkan daripada muzik rancak yang hanya akan meningkatkan semula semangat agresif diri dan meningkatkan semula keinginan untuk memecut dan bertelagah.

Dalam pada itu, Huey Mei turut mengemukakan satu lagi cara untuk bertenang yang dikenali sebagai hipnosis ketenangan.

Cara ini boleh dipelajari daripada pakar psikologi atau psikiatri untuk mendapatkan kesan penuh meletakkan diri sendiri di bawah hipnosis untuk kembali tenang. Cara ini akan lebih berkesan jika latihan kerap dilakukan bagi memadamkan ketegangan yang timbul.

Di bawah ‘mood tenang’ kaedah ini, anda dapat menumpukan perhatian kepada masalah yang timbul dan bukan melayan emosi dan perasaan.

Kaedah ini mengaplikasikan minda separa sedar otak yang mempunyai kuasa yang kuat dan berpotensi membolehkan kita melakukan apa sahaja termasuk menguruskan badan dan berhenti merokok.

Bagi penumpang kenderaan atau pengangkutan awam pula, adalah lebih mudah untuk mereka mengawal kemarahan kerana tidak memandu.

Cuba membaca buku, majalah atau komik untuk mengalihkan perhatian diri daripada benda yang merunsingkan dalam kenderaan tersebut dan jangan terlalu fokus kepada benda yang membuat diri rasa menyampah, geram atau marah.

Kemalangan jalan raya mungkin menjadikan stres memuncak sehingga membawa kepada tindakan melulu sesetengah pemandu. Oleh itu kena sentiasa beringat untuk mengawal diri daripada bertindak secara melulu supaya tidak menyesal kelak.

Bagi pemandu yang berhemah elakkan diri daripada menjadi seorang yang terlalu agresif.

Biarkan pemandu yang tidak berhemah dengan cara mereka kerana perbuatan yang melampaui batasan pasti akan menerima balasannya kelak.

Jagalah kewarasan diri, jagalah perlakuan diri dan jangan pula anda menjadi penyumbang stres kepada pengguna jalan raya yang lain.

Pengurusan Masa

Posted by BuDakn4ruTo | 6:29 PM | | 0 comments »

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

* MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG MASA BELAJAR WAKTU SUBUH.

Lain-lain masa yang perlu diurus.

1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.

Mendekati Masyarakat

Posted by BuDakn4ruTo | 6:27 PM | | 0 comments »

Sekiranya anda mempunyai rakan-rakan serta saudara-mara disekeliling anda,anda tidak perlu bermula dari bawah.Sebaliknya jika anda tidak mempunyai keistimewaan ini,anda perlu membuat persediaan asas.Anda akan bertanya,"Bagaimana hendak saya mulakan?",dan saya teringat ungkapan lagu ini:

"Where do I begin,to tell a story of how great a love can be".

Secara serius,sekiranya anda mengasihi manusia dan kemanusiaan,itu adalah satu permulaan yang baik!Jika tidak,anda harus belajar menyemai rasa kasih tersebut dengan latihan mudah ini:

Rasa cinta adalah satu perasaan hebat yang boleh mengubah cara kita melihat diri kita sendiri dan orang lain.Ia melindungi kita daripada gejala-gejala negatif seperti perisai yang menghalang panahan berbisa.Jika kita berperasaan positif,kita tidak akan terpengaruh oleh mereka yang menabur fitnah,pengkhianat ataupun orang-orang yang cemburukan kita.

Berikut adalah langkah-langkah bagi memulakan 'network' di kawasan perumahan anda:

1.Meninggalkan Kepompong Anda
Sebagai permulaan anda mesti keluar dari kepompong anda dan bergaul dengan masyarakat! Katakan pada diri anda:"Saya mahu mendapat lebih ramai kawan dan mempelajari kemahiran baru untuk memperbaiki diri sendiri."Anda juga perlu mengambil berat terhadap keinginan dan kepuasan diri,kerana kalau tidak,bagaimana anda boleh bergembira dalam ertikata sebenar? Kalau anda tidak gembira bagaimana anda dapat membuat orang lain gembira? Setengah orang berkata,"Saya tidak mempunyai kawan."Mereka sebenarnyatidak berusaha untuk mendapatkan kawan. Mereka terlalu mementingkan diri sendiri serta berfikiran sempit menyebabkan mereka kesepian.Jika kita berusaha membuka hati dan minda kita,kita akan melihat satu dunia baru.

Bila saya mula-mula berpindah ke USJ,saya tidak mempunyai kawan.Namun saya
berusaha untuk menemui jiran-jiran dengan berjalan-jalan di kawasan berkenaan bersama dua orang anak saya.(Pertama kali saya membawa anak-anak
ke taman permainanberhampiran rumah,saya gembira melihat ramai ibu-ibu lain
membawa anak-anakmereka bermain di situ.Kemudian saya mendapat tahu bahawa
mereka sebenarnya adalah pembantu rumah!).Bagaimanapun saya tetap berkenalan
dengan mereka yang kebanyakannya berasal dari Sri Lanka,India,Filipina dan
Indonesia. Sejak itu saya belajar mengenali melalui loghat mereka.

Pendek kata,jangan bersembunyi dari orang lain.Keluar dan berjumpa dengan mereka.Bukan semua orang itu jahat - terdapat juga orang yang baik budi di luar sana. Sekiranya kita mengasihi diri sendiri kemungkinan besar kita akan berjumpa dengan orang yang sama.Begitu juga,kalau kita bersikap negatif, kita akan berjumpa orang yang negatif. Oleh itu, anda pilih sendiri!


2. Kad nama

Mempunyai kad nama adalah sangat berguna khususnya jika anda menjalankan perniagaan dari rumah,tetapi walaupun anda tidak bekerja dengan mana-mana syarikat atau menjalankan perniagaan ianya masih sesuatuyang perlu.Pada majlis perjumpaan sekolah saya yang diadakantahun lalu,saya merupakan satu-satunya bukan profesional yang mempunyai kad nama dan mengedarkannya dengan jawatan yang dicetak "Ibu sepenuh masa". Ini menarik minat kawan-kawan dan bekas guru-guru saya.Yang lebih menghairankan mereka yang tidak saya kenali pun meminta kad nama saya!Oleh itu beranikan diri serta berbangga dengan diri anda,dan jangan segan untuk mengatakan "Saya ialah seorang ibu!".

Kad nama adalah alat yang berguna untuk memperkenalkan perniagaan/ kerjaya/pekerjaan anda. Sekiranya anda telah mempunyai 'homepage',ia juga menjadi satu topik perbualan yang menarik.engan mencatatkan nombor telefon,faks,alamat surat-menyurat ataupun e-mel,anda akan lebih mudah dihubungi.Kad nama juga boleh membantu dalam menerangkan perniagaan atau pekerjaan anda.

Oleh itu jangan menganggap bahawa hanya mereka yang mempunyai perniagaan atau bekerjaya sahaja memerlukan kad nama. Anda boleh memilikinya untuk tujuan sosial dan anda juga boleh mencatatkan minat dan hobi anda! Sedikit kreativiti boleh mengubah kehidupan anda.


3.Memberi perhatian terhadap orang lain

Orang akan merasa gembira jika orang lain ingin mengenali mereka dan apa yang mereka lakukan. Oleh itu,sentiasa memberi perhatian terhadap orang lain dan cuba belajar daripada mereka.Dengan cara itu kita akan melakukan sesuatu dengan lebih baik ataupun dapat bekerjasama dengan mereka berdasarkan minat serta pendapat yang sama.Perhatikan peluang untuk mengadakan'network'.Orang yang mempunyai persamaan minat dan pendapatbiasanya boleh bekerjasama.Mereka bolehsaling membantu dalam perniagaan ataupun perkhidmatan.Sekiranya anda hanya meminati diri sendiri,saya rasa anda bukanlah rakan 'network' yang baik.Anda akan sentiasa merasa kecewa dengan kerja yang banyak,masa yang terhad,dan bilangan kawan yang kecil.

Bercakaplah dengan orang laintetapi jangan lupa untuk mendengar bila mereka bercakap dengan anda. Mendengar boleh memusatkan perhatian dan memberi tindakbalas yang betul.Pendengar yang baik adalah rakan yang baik.Mereka juga lebih banyak mempelajari daripada mereka yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mahu mendengar.


4.Menyertai sesuatu kumpulan

Melalui suratkhabar anda akan mengetahui apa yang sedang berlaku di sekitar anda. Ia adalah sumber maklumat yang penting khasnya mengenai kumpulan-kumpulan dan kegiatan-kegiatan tertentu.Jika anda terjumpa sesuatu kumpulan yang anda minati hubungi mereka untuk mendapat maklumat lanjut.Melalui kumpulan ini anda akan boleh membina 'network' dengan lebih mudah.Walaubagaimanapun,jika tiada kumpulan yang menarik minat anda,atau tiada ditempat anda,anda perlu melakukan sesuatu yang lebih
menarik:mulakannya sendiri!Jangan risau - ia tidaklah menakutkan.Sesiapa sahaja boleh memulakan sebarang kumpulan yang dirasakan berguna.nda hanya perlu mengetahui beberapa perkara seperti berikut!


Memulakan 'network'

Sekiranya anda telah berusaha tetapi masih belum berjumpa dengan kumpulan 'network' yang sesuai,mungkin and boleh mengambil pilihan lain:mulakannya sendiri! Kebanyakan orang tidak akan berfikir sedemikian,tetapi jika anda telah mengambil kira kebaikan 'networking' seperti yang telah dinyatakan dalam bab-bab terdahulu,dan jika anda mempunyai 3 kriteria seperti berikut,nasihat saya ialah: lakukannya!


Apa yang anda perlu ada

1.Keinginan untuk bergaul dengan masyarakat
Bukan mudah untuk bergaul dengan masyarakat tetapi ia boleh menjadi pengalaman yang berharga,terutama jika kita dapat membantu orang lain melalui cara kita sendiri.

2.Masa,keupayaan dan tenaga - Mempunyai masa bergantung kepada keupayaan
kita.Pengurusan masa yang bijak adalah penting supaya kita dapat menyalurkan tenaga kita dengan tepat.Kita mesti merancang kerja kita ke dalam rutin keluarga supaya kita dapat menumpukan perhatian terhadap yang mesti dilakukan.

3.Peralatan kerja - Mempunyai sebuah komputer yang disambungkan ke internet
adalah sangat mustahak.Sekurang-kurangnya sebuah telefon dan mesin faks akan
dapat membantu dalam perhubungan kita.


Kualiti yang anda perlu ada:

1.Kepimpinan - Kualiti kepimpinan yang dapat membimbing,memberi galakan dan
mempengaruhi orang lain dengan sabar dan bertimbangrasa.Ia bukannya
kuasa,tetapi komitmen.

2.Semangat keusahawanan - Berani dan bersemangat mengendalikan sebarang
usaha dan mencari idea baru.Seorang usahawan tidak akan berkata'tidak boleh'
tetapi selalu berkata 'boleh!'.

3.Merendah diri - Ini adalah kualiti yang penting kerana seseorang yang bersikap rendah diri tidak berpendapat hanya dia yang lebih mengetahui,tetapi bersedia untuk belajar dari orang lain.Orang lain akan lebih merasa selesa dengan anda dan bersedia untuk bekerjasama dalam apa jua yang ingin anda lakukan.


Apa yang anda perlu buat:

1.Jelaskan tujuan anda - Anda harus menerangkan dengan jelas tujuan anda memulakan 'network' berkenaan.Mempunyai hala-tuju yang jelas samalah seperti
memiliki sebuah kompas:ia memandu anda ke arah yang dituju dengan mudah dan
membolehkan rakan seperjalanan berusaha menuju ke arah itu.

2.Menjemput kenalan - Mulakan dari orang-orang yang anda kenali.Kemungkinan
besar mereka akan memberi sokongan yang anda perlukan.Namun ia tidak semestinya sedemikian kerana adakalanya orang-orang yang kita kenali merupakan orang yang mengkhianati kita.

3. Perjumpaan di rumah - Lebih selesa jika anda mengadakan perjumpaan di rumah sambil menyediakan jamuan ringan,kecualijumlah ahli terlalu besar yang mana terpaksa diadakan di dewan,atau pindah ke rumah yang lebih besar!

4.Tetapkan tarikh perjumpaan secara teratur - Lebih mudah menetapkan tarikh
perjumpaan secara mingguan atau bulanan supaya ahli-ahli dapat merancang masa mereka,dan dengan itu dapat membiasakan diri menghadiri mesyuarat sama seperti menjemput anak-anak dari sekolah:anda sentiasa berharap menemui mereka dan tidak mungkin terlupa!

5.Mempromosi kumpulan anda dengan aktif - Tiada faedah jika orang lain tidak tahu mengenai kumpulan anda.Oleh itu bercakap mengenainya,edarkan risalah,menulis kepada pihak media dan terangkan keistimewaan kumpulan anda.Jika anda menunjukkan semangat dalam apa yang anda lakukan,ia akan menarik minat ramai orang.

6.Rancang aktiviti-aktiviti yang menarik - Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kumpulan anda akan banyak membantu dalam mempromosikan dan menyedarkan orang ramai mengenai kegiatan kumpulan anda.Pihak media juga memperolehi bahan untuk disiarkan.

7.Mengagihkan tugas - Jangan cuba untuk melakukan semuanya sendiri.Anda akan dianggap sebagai seorang yang terlalu melindungi dan ingin menguasai semua. Penglibatan ahli-ahli adalah mustahak untuk membuatkan mereka rasa dihargai dan mengeratkan lagi perasaan kekitaan dikalangan mereka.

8.Bersikap ramah dan tidak formal - Jika semuanya terlalu 'business-like', daya tarikannya akan hilang.

9.Bijak mengatur - Bijak mengatur perjalanan kumpulan boleh membantu dalam menyelesaikan banyak perkara.Cuba bahagikan hari anda kepada beberapa bahagian seperti masa untuk bekerja,masa untuk masak dan makan,masa untuk bersama anak-anak,masa untuk bersama suami (jika berkenaan),masa untuk diri
sendiri dan sebagainya.

10.Mengadakan ulasan - Dapatkan maklum-balas daripada ahli-ahli untuk mengetahui samada mereka berpuashati dengan perjalanan kumpulan,dan membuat perubahan dimana perlu.Cara ini akan memastikan kumpulan anda akan terus berkembang.

Akhirkata, jangan menjadi kumpulan yang tiada keperibadian.Telah terlalu banyak kumpulan sedemikian dan kita tidak mahu menambahnya lagi.Apa yang kita perlukan ialah satu pergerakan yang memberi kepentingan kepada kehidupan masyarakat.

Walaubagaimanapun ada tiga perkara yang mesti dielakkan untuk terus kekal:

1.Orang-orang yang bersikap negatif - Sukar untuk melayan mereka yang bersikap demikian,dan mereka merupakan ancaman kepada kumpulan anda. Mereka bukan sekadar mengutuk malah cuba membunuh usaha anda.Oleh itu jangan dekati mereka!

2.Terlalu ghairah - Berwaspada terhadap gejala ini kerana ia mungkin menyebabkan anda mengabaikan aspek-aspek lain dalam hidup anda.Ia juga akan menakutkan orang lain kerana anda dianggap sebagai pendakwah gila!

3.Bersikap keibuan terhadap kumpulan - Anda tidak perlu bersikap seperti ibu dalam memimpin sebuah perkumpulan.Keramahan anda lebih banyak membantu.Gunakan pendekatan demokratik pada setiap masa.


Bagaimana menjalankan perjumpaan ibu-ibu secara tidak formal


Untuk mengelakkan perjumpaan tersebut menjadi pertemuan yang bersahaja, sediakan topik-topik tertentu untuk dibincangkan.Ini juga akan menggalakkan perbincangan yang lebih membina.Berikut adalah beberapa garis panduan mudah:

1.Hebahkan topik perbincangan sebelum perjumpaan supaya ahli-ahli telah bersedia dari segi mental semasa hadir.

2.Lantik seorang pengantara untuk memastikan perbincangan tidak lari daripada topik yang ditetapkan.

3.Lantik seorang yang mencatit perjalanan mesyuarat untuk kebaikan ahli-ahli yang tidak dapat hadir.

4.Pastikan setiap orang diberi peluang untuk bercakap dan meluahkan pendapat.

5.Hadkan masa.

Dengan itu jika setelah membaca butir-butir tersebut diatas anda berkata "Alamak! Susahnya!", aya nasihatkan agar anda tunggu saja orang lain untuk memulakan.Tetapi kalau anda berkata "Ya! Saya mahu melakukannya!",tahniah! Anda akan menikmati kepuasan akhirnya sebab anda akan mendapat ramai kawan dan hidup anda lebih bermakna!

Hidup ini tidak boleh dinilai oleh wang ringgit,tetapi kekayaan dari segi kewangan perlu untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa.Setelah bersusah payah mungkin anda akan meraih hasil yang berjuta, tetapi cabarannya bukan pada bagaimana anda mencapai semua itu,sebaliknya apa yang hendak dilakukan dengan wang sebanyak itu!Jika kita memiliki sikap yang betul terhadap kekayaan dan kehidupan,kita juga akan memiliki sikap yang betul tentanf kebahagiaan dan tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif.

Perancangan yang baik adalah kunci kejayaan,
Idea-idea hebat adalah tiket kegemilangan,
Ada banyak cara untuk mencapai kekayaan,
Tetapi kehidupan yang sempurna adalah penentu kebahagiaan.

Motivasi kepada perubahan

Dalam apa jua situasi atau keadaan,kita mempunyai kebolehan untuk mengubahnya kepada yang lebih baik.Kita mempunyai pilihan samada melayan kemurungan ataupun berazam untuk mengatasi masalah kita.Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang ibu,kita melalui berbagaipengalaman dan cabaran.Kadangkala ia seperti menaiki "roller coaster" - emosi kita naik kemudian menjunam secara mendadak.Ada masanya kita tiba di dataran tinggi - tiadaapa yang berlaku.Terimalah segala pengalaman yang datang`dan lepaskan bila tiba masanya,kerana semua itu adalah pasang-surut kehidupan. Hanya
dengan azam untuk terus belajar dan maju kita akan menemui erti sebenar kehidupan. Sebagai ibu,kita bertanggung-jawab sekurang-kurangnya memberi galakan kepada anak-anak kita untuk memperbaiki diri.Seperti bumi ini, kita boleh mengecapi hidup dengan segala keajaiban dan kehebatannya.

Perubahan adalah satu kenyataan hidup - menolak perubahan bererti menolak kehidupan. Kehidupan setelah mempunyai anak banyak cabarannya,tetapi semua
itu berbaloi kalau kita memberi yang terbaik,kerana kita akan mendapat balasan dari segi emosi dan spiritual.Jangan jadikan ia perjuangan sendirian,libatkan orang lain.Bila kita membuka hati terdapat banyak ruang untuk ramai orang.Jika kita menutup hati,kita menutup pintu untuk peluang-peluang bagi belajar dan menyayangi.

Renungkan teguran Robin William dalam filemnya "Dead Poet's Soceity":

Kecerdasan Emosi Menstabilkan Diri

Posted by BuDakn4ruTo | 6:26 PM | | 0 comments »

MASALAH kegawatan ekonomi, masalah alam sekitar serta masalah peribadi merupakan di antara beberapa faktor yang dapat mempengaruhi "mood" seseorang dalam menjalani tugas harian.

"Mood" ini boleh mengubah peribadi seseorang yang akhirnya dapat menjejas kedudukan dan hubungan mesra antara individu. Mengikut Daniel Goleman (1995) pengarang buku "The Emotional Intelligence", penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya.

Mengikutnya lagi keceredasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut kajian meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan termasuk aspek kesihatan dan sosial.

Dalam bidang pekerjaan mengikut Goleman "... people of high IQ flounder and those of moderate IQ do surprisingly well... Lack of emotional intelligence can sabotage the intellect and ruin careers..." Ini membawa maksud kejayaan diri dalam pekerjaan perlulah juga diimbangi dengan aspek emosi.

Mengikut Daniel, kecerdasan emosi adalah situasi di mana aspek rohaniah perlu diberi keutamaan dalam kehidupan kita terutamanya dalam situasi bekerja. Kecerdasan emosi melibatkan proses:-

*

Kesedaran kendiri (self-awareness)
*

Disiplin kendiri
*

Memahami perasaan dan isi hati orang lain .
*

Mempunyai kemahiran intra dan inter personal yang baik untuk berkomunikasi.
*

Dapat mengawal perasaan

Proses yang disebutkan diatas adalah penting ke arah mewujudkan suasana kerja yang menyeronakkan serta melahirkan masyarakat penyayang.

Ketenangan dan keseronokan adalah merupakan salah satu daripada keperluan asas manusia. Perasaan tenang dan seronok bukan sahaja ingin dikecapi di rumah tetapi juga di tempat kerja. Ini boleh dikecapi melalui suasana mesra yang dapat dijalinkan dalam satu pasukan yang mempunyai semangat kekitaan.

Ungkapan "masyarakat penyayang" serta "masyarakat perihatin" bukan hanya sekadar menanam tebu dibibir mulut atau sekadar memenuhi ruang hiasan di pejabat-pejabat tetapi harus direalisasikan melalui amalan dan tindakan dalam pekerjaan. Kelembutan, ketegasan dan kemesraan dalam menjalankan tugas akan lebih dihormati daripada kekerasan dan paksaan.

Aspek emosi ini tidak memerlukan seseorang itu berpangkat tinggi atau berpelajaran tinggi untuk mencapainya. Ianya dapat dicapai melalui perhubungan yang mesra, bertindak tidak mengikut perasaan, menghormati orang lain, serta menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Setiap kekuatan yang ada pada diri seseorang itu perlulah diperkembangkan dan dihormati manakala setiap kelemahan itu perlulah dibimbing, didorong dan diperbaiki agar dapat memenuhi satu hala tuju yang diingini. Kesemuanya ini perlulah dilakukan dalam suasana yang mesra serta tidak mempunyai tujuan yang negatif disebaliknya.

Sama ada anda seorang boss atau seorang pekerja bawahan sejauhmanakah emosi anda dapat dicerdaskan? Bersama-samalah kita membuat refleksi diri agar keselesaan dan keharmonian di tempat kerja dapat dikekalkan ke arah mencapai masyarakat penyayang.

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan...

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun... Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti 'Keras'.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Persepsi Kecantikan

Posted by BuDakn4ruTo | 6:23 PM | | 0 comments »

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.

Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.

Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.

Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam. Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik.

Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam Islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.

Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan.

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menangani tekanan dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tertekan dengan bijak.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan kita kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri. Mereka yang berjaya menangani tekanan, akan berjaya menguruskan diri.

Hakikatnya, ujian tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.

Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Buku Petua Menangani Stres hasil karya pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah bersama Muhammad Zakaria menyediakan metodologi menangani tekanan supaya dapat menjalani hidup yang lebih tenang.

Mula sekali, pembaca diajak mengenali apa yang dimaksudkan dengan tekanan iaitu reaksi mental dan fizikal terhadap semua permasalahan yang dihadapi dalam hidup serta mencari bagaimana punca tekanan itu.

Antara punca tekanan ialah sifat semula jadi, terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi, bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Bab empat buku kecil setebal 92 halaman itu mendedahkan 15 petua berkesan menangani tekanan bersama dalil al-Quran dan hadis Nabi SAW yang ditampilkan dalam bentuk nota ringkas, gambar hiasan serta sketsa lakaran kartun menarik.

Malah, bahagian belakang buku dengan wajah Fadzilah tersenyum dalam posisi duduk yang santai turut menyediakan panduan menggunakan buku Petua Menangani Stres bagi memudahkan pembaca memahami seterusnya memanfaatkan ilmu yang disampaikan.

Berdoa adalah satu daripada cara mengurang dan mengelakkan tekanan. Buku ini turut menyediakan doa melindungi daripada tekanan termasuk doa ketika berasa takut, doa memohon diselamatkan daripada bala dan doa ketika marah.

Tekanan mungkin tidak dapat dihilangkan sepenuhnya, tetapi hidup akan lebih mudah jika kita mempunyai kemahiran serta kekuatan untuk menghadapi tekanan. Ilmu mengenainya sudah ada di depan mata, baca dan manfaatkan demi hidup yang sejahtera.

Islam sudah menjelaskan kepentingan ilmu dalam menjalani kehidupan seharian dan pastinya tidak rugi untuk menimba ilmu mengenai tekanan bukan saja untuk diri sendiri, malah kepada anak, keluarga, saudara, jiran serta semua yang ada di sekeliling.

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”



2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhka n, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Lupakan Si Dia

Posted by BuDakn4ruTo | 5:00 PM | | 0 comments »

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu. ;))

Rakan lelaki bujang berusia 24 tahun bertanya ..

Apa perempuan nak sebenarnya daripada lelaki?”

Biar pun bukan Dr. Love, saya melontarkan pandangan ringkas ..

“Disayangi, diambil berat dan dilindungi”

Bila jawaban sama dikongsi bersama rakan berusia 42 tahun, berikut responnya ..

“Huh! Bini aku dulu, memang aku sayang. Apa dia nak, termampu, semua aku bagi. Memang ambil berat, sampai kalau dia minum air panas, aku hembuskan bagi sejuk kemudian baru bagi dia minum. Ke pejabat berhantar dan berjemput setiap hari nak pastikan dia selamat. Akhirnya ..”

“Akhirnya?,”soal saya.

“Lari ikut jantan lain. Laki orang pula tu!”

Kini terfikir, apa perempuan nak sebenarnya?

Dalam buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki (2006) dan Magnet Cinta (2007), saya memberi respon kepada isu ini.

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.

Apa yang Kita Sombongkan, Cermin Diri

Posted by BuDakn4ruTo | 4:57 PM | | 0 comments »

Seorang lelaki yang bertamu ke rumah seorang guru terpegun kehairanan ketika melihat Guru tersebut sedang sibuk bekerja; ia mengangkut air dengan timba dan membersih lantai rumahnya dengan bersungguh-sunguh. Peluhnya bercucuran. Menyaksikan keganjilan itu lelaki berkenaan bertanya, apa yang sedang Anda lakukan ?. Si Guru menjawab, tadi saya didatangi serombongan tetamu yang meminta nasihat. Saya memberikan banyak nasihat yang bermanfaat bagi mereka. Mereka pun nampaknya berpuas hati. Namun, setelah mereka pulang tiba-tiba saya merasa menjadi orang yang hebat. Kesombongan mula muncul dalam diri saya. Kerana itu, saya melakukan ini untuk membunuh perasaan sombong saya.

Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari.Ia penyakit yang diwarisi dari Iblis dan disebarkan oleh tenteranya Syaitan dan ia kekal sehingga kita menemui ajal. Di peringkat terbawah, sombong disebabkan oleh faktor material. Kita merasa lebih kaya, lebih rupawan, dan lebih terhormat daripada orang lain. Di tingkat kedua, sombong disebabkan oleh faktor kecerdasan. Kita merasa lebih pintar, lebih kompeten, dan lebih berwawasan dibandingkan orang lain. Di tingkat ketiga, sombong disebabkan oleh faktor kebaikan. Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah, dan lebih tulus dibandingkan dengan orang lain. Kita lupa bahawa sombong adalah hak ALLAH, kerana ALLAH MAHA SEGALANYA.Yang menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sukar pula kita mengesannya. Sombong kerana material sangat mudah terlihat, namun sombong kerana pengetahuan, apalagi sombong kerana kebaikan, amat sukar dikesan kerana ia seringkali hanya berbentuk benih-benih halus di dalam batin atau naluri kita.

Akar dari kesombongan ini adalah ego yang berlebihan. Pada tahap yang lumrah, ego menampilkan dirinya dalam bentuk harga diri (self-esteem) dan kepercayaan diri (self-confidence) . Akan tetapi, apabila kedua hal ini berubah menjadi kebanggaan (pride), Anda sudah berada sangat dekat dengan kesombongan. Batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas. Kita sebenarnya terdiri dari dua kutub, iaitu ego di satu kutub dan kesedaran sejati di kutub lain. Pada masa kita dilahirkan ke dunia, kita dalam keadaan telanjang dan tak punya apa-apa. Akan tetapi seiring dengan pembesaran dan waktu, kita mulai memupuk berbagai keinginan, lebih dari sekadar yang kita perlukan dalam hidup. Keenam-enam indra kita selalu mengatakan bahawa kita memerlukan lebih banyak lagi.

Perjalanan hidup manusia cenderung menggiringi kita menuju ke kutub ego. Ilusi ego inilah yang memperkenalkan kita kepada dualisme, ketamakan dan kebencian . Inilah akar dari segala permasalahan. Perjuangan melawan kesombongan merupakan perjuangan menuju kesedaran sejati. Untuk dapat melawan kesombongan dengan segala bentuknya, ada dua perubahan paradigma yang perlu kita lakukan.

Pertama, kita perlu sedar bahawa pada hakikatnya kita bukanlah makhluk fizik, tetapi makhluk spiritual. Kesejatian kita adalah spirituality, sementara tubuh fizikal hanyalah sarana untuk hidup di dunia. Kita lahir dengan tangan kosong, dan (ingat!) kita pun akan mati dengan tangan kosong. Kita yang mencorakkan fizikal.Justeru itulah adanya istilah patung bernyawa bagi mereka yang rosak spiritualnya.

Pandangan seperti ini akan membuatkan kita melihat semua makhluk dalam kesetaraan universal. Kita tidak akan lagi terkelabui oleh penampilan, label, dan segala sifat luaran lainnya. Yang kini kita lihat adalah kesan dalaman. Pandangan seperti ini akan membantu menjauhkan kita dari berbagai kesombongan atau ilusi ego.

Kedua, kita perlu menyedari bahawa apa pun perbuatan baik yang kita lakukan, semuanya itu semata-mata adalah juga demi diri kita sendiri. Kita memberikan sesuatu kepada orang lain juga demi kita sendiri. Dalam hidup ini berlaku hukum tenaga kekal . Energi yang kita berikan kepada dunia tak akan pernah habis. Energi itu akan kembali kepada kita dalam bentuk yang lain. Kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta kasih, makna hidup, maupun kepuasan batin yang mendalam. Jadi, setiap perbuatan baik kepada pihak lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri.

Kalau begitu, apa yang boleh kita sombongkan ?.

Jangan Susah Hati

Posted by BuDakn4ruTo | 4:55 PM | | 0 comments »

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam
yang anda kenal !!

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)

Peristiwa - Lelaki Vs Perempuan

Posted by BuDakn4ruTo | 4:54 PM | | 0 comments »

Cuba anda renungkan perkara berikut, bandingkan peristiwa-peristiwa ini dengan pasangan, ahli keluarga atau rakan-rakan yang berlainan jantina.

Peristiwa:
Lelaki selalu hilang kunci, seluar dalam, stokin dan barang-barang peribadi. Mereka mencari dan terus mencari. Barang di dalam peti sejuk yang kecil pun tidak ditemuinya. Akhirnya, lelaki akan bertanya kepada perempuan sama ada mereka tahu di mana letaknya barang-barang tersebut. Yang peliknya – perempuan dapat menemuinya dengan mudah atau segera. Lelaki tersenyum malu atau menuduh perempuan menyoroknya. Perempuan pula selalu marah sebab lelaki mencari barang menggunakan mulut.


■Lelaki sukakan suasana senyap sunyi. Jika memandu, lelaki selalunya akan menyuruh ahli keluarga diam atau tidak bercakap terlalu banyak kerana ingin memberi tumpuan kepada pemanduan. Jika terdapat persimpangan dan perempuan sibuk bercakap dengannya, lelaki selalu terlepas persimpangan. ”Awak bercakap banyak sangat, saya dah silap jalan” atau ”Diam, saya nak tengok jalan mana untuk ke ...”. Tetapi jika perempuan memandu, bercakap dan memandu serentak tidak mendatangkan masalah. Mereka masih dapat memberi tumpuan kepada pemanduan dan memilih jalan yang betul!


■Perempuan yang silap jalan semasa memandu akan segera bertanya arah. Lelaki yang silap jalan akan mencuba sedaya upaya mencari jalan sebenar dan memberi penumpuan 110%. Lelaki tidak suka diganggu dengan cadangan supaya berhenti bertanya arah. Ego mereka tergugat.


■Perempuan-perempuan yang berbual tanpa kehadiran lelaki akan bercerita tentang pelbagai topik yang berkaitan atau tidak berkaitan tanpa susunan atau urutan cerita. Setiap dari mereka ada bahan yang hendak diceritakan dan bercakap sesuka hati tanpa ada susunan mahupun pendengar. Semua orang bebas bercakap serentak. Bila ditanya sama ada mereka faham semua cerita, memang menakjubkan perempuan ada keupayaan luar biasa untuk memahami setiap cerita walaupun mereka kelihatan seperti tidak mendengar.


■Lelaki yang menonton television selalunya tidak mendengar panggilan atau percakapan pasangannya. Dia kelihatan seperti orang pekak. Duduk diam menghayati rancangan television yang ditonton hinggalah perempuan yang memanggilnya marah atau melemparkan kata-kata yang mengganggu penumpuannya. Lelaki yang menonton television akan selalu berkata ”Saya memberi penumpuan 100% pada rancangan ini, lain kali cakap kuat-kuat”.