Mendekati Masyarakat

Posted by BuDakn4ruTo | 6:27 PM | | 0 comments »

Sekiranya anda mempunyai rakan-rakan serta saudara-mara disekeliling anda,anda tidak perlu bermula dari bawah.Sebaliknya jika anda tidak mempunyai keistimewaan ini,anda perlu membuat persediaan asas.Anda akan bertanya,"Bagaimana hendak saya mulakan?",dan saya teringat ungkapan lagu ini:

"Where do I begin,to tell a story of how great a love can be".

Secara serius,sekiranya anda mengasihi manusia dan kemanusiaan,itu adalah satu permulaan yang baik!Jika tidak,anda harus belajar menyemai rasa kasih tersebut dengan latihan mudah ini:

Rasa cinta adalah satu perasaan hebat yang boleh mengubah cara kita melihat diri kita sendiri dan orang lain.Ia melindungi kita daripada gejala-gejala negatif seperti perisai yang menghalang panahan berbisa.Jika kita berperasaan positif,kita tidak akan terpengaruh oleh mereka yang menabur fitnah,pengkhianat ataupun orang-orang yang cemburukan kita.

Berikut adalah langkah-langkah bagi memulakan 'network' di kawasan perumahan anda:

1.Meninggalkan Kepompong Anda
Sebagai permulaan anda mesti keluar dari kepompong anda dan bergaul dengan masyarakat! Katakan pada diri anda:"Saya mahu mendapat lebih ramai kawan dan mempelajari kemahiran baru untuk memperbaiki diri sendiri."Anda juga perlu mengambil berat terhadap keinginan dan kepuasan diri,kerana kalau tidak,bagaimana anda boleh bergembira dalam ertikata sebenar? Kalau anda tidak gembira bagaimana anda dapat membuat orang lain gembira? Setengah orang berkata,"Saya tidak mempunyai kawan."Mereka sebenarnyatidak berusaha untuk mendapatkan kawan. Mereka terlalu mementingkan diri sendiri serta berfikiran sempit menyebabkan mereka kesepian.Jika kita berusaha membuka hati dan minda kita,kita akan melihat satu dunia baru.

Bila saya mula-mula berpindah ke USJ,saya tidak mempunyai kawan.Namun saya
berusaha untuk menemui jiran-jiran dengan berjalan-jalan di kawasan berkenaan bersama dua orang anak saya.(Pertama kali saya membawa anak-anak
ke taman permainanberhampiran rumah,saya gembira melihat ramai ibu-ibu lain
membawa anak-anakmereka bermain di situ.Kemudian saya mendapat tahu bahawa
mereka sebenarnya adalah pembantu rumah!).Bagaimanapun saya tetap berkenalan
dengan mereka yang kebanyakannya berasal dari Sri Lanka,India,Filipina dan
Indonesia. Sejak itu saya belajar mengenali melalui loghat mereka.

Pendek kata,jangan bersembunyi dari orang lain.Keluar dan berjumpa dengan mereka.Bukan semua orang itu jahat - terdapat juga orang yang baik budi di luar sana. Sekiranya kita mengasihi diri sendiri kemungkinan besar kita akan berjumpa dengan orang yang sama.Begitu juga,kalau kita bersikap negatif, kita akan berjumpa orang yang negatif. Oleh itu, anda pilih sendiri!


2. Kad nama

Mempunyai kad nama adalah sangat berguna khususnya jika anda menjalankan perniagaan dari rumah,tetapi walaupun anda tidak bekerja dengan mana-mana syarikat atau menjalankan perniagaan ianya masih sesuatuyang perlu.Pada majlis perjumpaan sekolah saya yang diadakantahun lalu,saya merupakan satu-satunya bukan profesional yang mempunyai kad nama dan mengedarkannya dengan jawatan yang dicetak "Ibu sepenuh masa". Ini menarik minat kawan-kawan dan bekas guru-guru saya.Yang lebih menghairankan mereka yang tidak saya kenali pun meminta kad nama saya!Oleh itu beranikan diri serta berbangga dengan diri anda,dan jangan segan untuk mengatakan "Saya ialah seorang ibu!".

Kad nama adalah alat yang berguna untuk memperkenalkan perniagaan/ kerjaya/pekerjaan anda. Sekiranya anda telah mempunyai 'homepage',ia juga menjadi satu topik perbualan yang menarik.engan mencatatkan nombor telefon,faks,alamat surat-menyurat ataupun e-mel,anda akan lebih mudah dihubungi.Kad nama juga boleh membantu dalam menerangkan perniagaan atau pekerjaan anda.

Oleh itu jangan menganggap bahawa hanya mereka yang mempunyai perniagaan atau bekerjaya sahaja memerlukan kad nama. Anda boleh memilikinya untuk tujuan sosial dan anda juga boleh mencatatkan minat dan hobi anda! Sedikit kreativiti boleh mengubah kehidupan anda.


3.Memberi perhatian terhadap orang lain

Orang akan merasa gembira jika orang lain ingin mengenali mereka dan apa yang mereka lakukan. Oleh itu,sentiasa memberi perhatian terhadap orang lain dan cuba belajar daripada mereka.Dengan cara itu kita akan melakukan sesuatu dengan lebih baik ataupun dapat bekerjasama dengan mereka berdasarkan minat serta pendapat yang sama.Perhatikan peluang untuk mengadakan'network'.Orang yang mempunyai persamaan minat dan pendapatbiasanya boleh bekerjasama.Mereka bolehsaling membantu dalam perniagaan ataupun perkhidmatan.Sekiranya anda hanya meminati diri sendiri,saya rasa anda bukanlah rakan 'network' yang baik.Anda akan sentiasa merasa kecewa dengan kerja yang banyak,masa yang terhad,dan bilangan kawan yang kecil.

Bercakaplah dengan orang laintetapi jangan lupa untuk mendengar bila mereka bercakap dengan anda. Mendengar boleh memusatkan perhatian dan memberi tindakbalas yang betul.Pendengar yang baik adalah rakan yang baik.Mereka juga lebih banyak mempelajari daripada mereka yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mahu mendengar.


4.Menyertai sesuatu kumpulan

Melalui suratkhabar anda akan mengetahui apa yang sedang berlaku di sekitar anda. Ia adalah sumber maklumat yang penting khasnya mengenai kumpulan-kumpulan dan kegiatan-kegiatan tertentu.Jika anda terjumpa sesuatu kumpulan yang anda minati hubungi mereka untuk mendapat maklumat lanjut.Melalui kumpulan ini anda akan boleh membina 'network' dengan lebih mudah.Walaubagaimanapun,jika tiada kumpulan yang menarik minat anda,atau tiada ditempat anda,anda perlu melakukan sesuatu yang lebih
menarik:mulakannya sendiri!Jangan risau - ia tidaklah menakutkan.Sesiapa sahaja boleh memulakan sebarang kumpulan yang dirasakan berguna.nda hanya perlu mengetahui beberapa perkara seperti berikut!


Memulakan 'network'

Sekiranya anda telah berusaha tetapi masih belum berjumpa dengan kumpulan 'network' yang sesuai,mungkin and boleh mengambil pilihan lain:mulakannya sendiri! Kebanyakan orang tidak akan berfikir sedemikian,tetapi jika anda telah mengambil kira kebaikan 'networking' seperti yang telah dinyatakan dalam bab-bab terdahulu,dan jika anda mempunyai 3 kriteria seperti berikut,nasihat saya ialah: lakukannya!


Apa yang anda perlu ada

1.Keinginan untuk bergaul dengan masyarakat
Bukan mudah untuk bergaul dengan masyarakat tetapi ia boleh menjadi pengalaman yang berharga,terutama jika kita dapat membantu orang lain melalui cara kita sendiri.

2.Masa,keupayaan dan tenaga - Mempunyai masa bergantung kepada keupayaan
kita.Pengurusan masa yang bijak adalah penting supaya kita dapat menyalurkan tenaga kita dengan tepat.Kita mesti merancang kerja kita ke dalam rutin keluarga supaya kita dapat menumpukan perhatian terhadap yang mesti dilakukan.

3.Peralatan kerja - Mempunyai sebuah komputer yang disambungkan ke internet
adalah sangat mustahak.Sekurang-kurangnya sebuah telefon dan mesin faks akan
dapat membantu dalam perhubungan kita.


Kualiti yang anda perlu ada:

1.Kepimpinan - Kualiti kepimpinan yang dapat membimbing,memberi galakan dan
mempengaruhi orang lain dengan sabar dan bertimbangrasa.Ia bukannya
kuasa,tetapi komitmen.

2.Semangat keusahawanan - Berani dan bersemangat mengendalikan sebarang
usaha dan mencari idea baru.Seorang usahawan tidak akan berkata'tidak boleh'
tetapi selalu berkata 'boleh!'.

3.Merendah diri - Ini adalah kualiti yang penting kerana seseorang yang bersikap rendah diri tidak berpendapat hanya dia yang lebih mengetahui,tetapi bersedia untuk belajar dari orang lain.Orang lain akan lebih merasa selesa dengan anda dan bersedia untuk bekerjasama dalam apa jua yang ingin anda lakukan.


Apa yang anda perlu buat:

1.Jelaskan tujuan anda - Anda harus menerangkan dengan jelas tujuan anda memulakan 'network' berkenaan.Mempunyai hala-tuju yang jelas samalah seperti
memiliki sebuah kompas:ia memandu anda ke arah yang dituju dengan mudah dan
membolehkan rakan seperjalanan berusaha menuju ke arah itu.

2.Menjemput kenalan - Mulakan dari orang-orang yang anda kenali.Kemungkinan
besar mereka akan memberi sokongan yang anda perlukan.Namun ia tidak semestinya sedemikian kerana adakalanya orang-orang yang kita kenali merupakan orang yang mengkhianati kita.

3. Perjumpaan di rumah - Lebih selesa jika anda mengadakan perjumpaan di rumah sambil menyediakan jamuan ringan,kecualijumlah ahli terlalu besar yang mana terpaksa diadakan di dewan,atau pindah ke rumah yang lebih besar!

4.Tetapkan tarikh perjumpaan secara teratur - Lebih mudah menetapkan tarikh
perjumpaan secara mingguan atau bulanan supaya ahli-ahli dapat merancang masa mereka,dan dengan itu dapat membiasakan diri menghadiri mesyuarat sama seperti menjemput anak-anak dari sekolah:anda sentiasa berharap menemui mereka dan tidak mungkin terlupa!

5.Mempromosi kumpulan anda dengan aktif - Tiada faedah jika orang lain tidak tahu mengenai kumpulan anda.Oleh itu bercakap mengenainya,edarkan risalah,menulis kepada pihak media dan terangkan keistimewaan kumpulan anda.Jika anda menunjukkan semangat dalam apa yang anda lakukan,ia akan menarik minat ramai orang.

6.Rancang aktiviti-aktiviti yang menarik - Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kumpulan anda akan banyak membantu dalam mempromosikan dan menyedarkan orang ramai mengenai kegiatan kumpulan anda.Pihak media juga memperolehi bahan untuk disiarkan.

7.Mengagihkan tugas - Jangan cuba untuk melakukan semuanya sendiri.Anda akan dianggap sebagai seorang yang terlalu melindungi dan ingin menguasai semua. Penglibatan ahli-ahli adalah mustahak untuk membuatkan mereka rasa dihargai dan mengeratkan lagi perasaan kekitaan dikalangan mereka.

8.Bersikap ramah dan tidak formal - Jika semuanya terlalu 'business-like', daya tarikannya akan hilang.

9.Bijak mengatur - Bijak mengatur perjalanan kumpulan boleh membantu dalam menyelesaikan banyak perkara.Cuba bahagikan hari anda kepada beberapa bahagian seperti masa untuk bekerja,masa untuk masak dan makan,masa untuk bersama anak-anak,masa untuk bersama suami (jika berkenaan),masa untuk diri
sendiri dan sebagainya.

10.Mengadakan ulasan - Dapatkan maklum-balas daripada ahli-ahli untuk mengetahui samada mereka berpuashati dengan perjalanan kumpulan,dan membuat perubahan dimana perlu.Cara ini akan memastikan kumpulan anda akan terus berkembang.

Akhirkata, jangan menjadi kumpulan yang tiada keperibadian.Telah terlalu banyak kumpulan sedemikian dan kita tidak mahu menambahnya lagi.Apa yang kita perlukan ialah satu pergerakan yang memberi kepentingan kepada kehidupan masyarakat.

Walaubagaimanapun ada tiga perkara yang mesti dielakkan untuk terus kekal:

1.Orang-orang yang bersikap negatif - Sukar untuk melayan mereka yang bersikap demikian,dan mereka merupakan ancaman kepada kumpulan anda. Mereka bukan sekadar mengutuk malah cuba membunuh usaha anda.Oleh itu jangan dekati mereka!

2.Terlalu ghairah - Berwaspada terhadap gejala ini kerana ia mungkin menyebabkan anda mengabaikan aspek-aspek lain dalam hidup anda.Ia juga akan menakutkan orang lain kerana anda dianggap sebagai pendakwah gila!

3.Bersikap keibuan terhadap kumpulan - Anda tidak perlu bersikap seperti ibu dalam memimpin sebuah perkumpulan.Keramahan anda lebih banyak membantu.Gunakan pendekatan demokratik pada setiap masa.


Bagaimana menjalankan perjumpaan ibu-ibu secara tidak formal


Untuk mengelakkan perjumpaan tersebut menjadi pertemuan yang bersahaja, sediakan topik-topik tertentu untuk dibincangkan.Ini juga akan menggalakkan perbincangan yang lebih membina.Berikut adalah beberapa garis panduan mudah:

1.Hebahkan topik perbincangan sebelum perjumpaan supaya ahli-ahli telah bersedia dari segi mental semasa hadir.

2.Lantik seorang pengantara untuk memastikan perbincangan tidak lari daripada topik yang ditetapkan.

3.Lantik seorang yang mencatit perjalanan mesyuarat untuk kebaikan ahli-ahli yang tidak dapat hadir.

4.Pastikan setiap orang diberi peluang untuk bercakap dan meluahkan pendapat.

5.Hadkan masa.

Dengan itu jika setelah membaca butir-butir tersebut diatas anda berkata "Alamak! Susahnya!", aya nasihatkan agar anda tunggu saja orang lain untuk memulakan.Tetapi kalau anda berkata "Ya! Saya mahu melakukannya!",tahniah! Anda akan menikmati kepuasan akhirnya sebab anda akan mendapat ramai kawan dan hidup anda lebih bermakna!

Hidup ini tidak boleh dinilai oleh wang ringgit,tetapi kekayaan dari segi kewangan perlu untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa.Setelah bersusah payah mungkin anda akan meraih hasil yang berjuta, tetapi cabarannya bukan pada bagaimana anda mencapai semua itu,sebaliknya apa yang hendak dilakukan dengan wang sebanyak itu!Jika kita memiliki sikap yang betul terhadap kekayaan dan kehidupan,kita juga akan memiliki sikap yang betul tentanf kebahagiaan dan tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif.

Perancangan yang baik adalah kunci kejayaan,
Idea-idea hebat adalah tiket kegemilangan,
Ada banyak cara untuk mencapai kekayaan,
Tetapi kehidupan yang sempurna adalah penentu kebahagiaan.

Motivasi kepada perubahan

Dalam apa jua situasi atau keadaan,kita mempunyai kebolehan untuk mengubahnya kepada yang lebih baik.Kita mempunyai pilihan samada melayan kemurungan ataupun berazam untuk mengatasi masalah kita.Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang ibu,kita melalui berbagaipengalaman dan cabaran.Kadangkala ia seperti menaiki "roller coaster" - emosi kita naik kemudian menjunam secara mendadak.Ada masanya kita tiba di dataran tinggi - tiadaapa yang berlaku.Terimalah segala pengalaman yang datang`dan lepaskan bila tiba masanya,kerana semua itu adalah pasang-surut kehidupan. Hanya
dengan azam untuk terus belajar dan maju kita akan menemui erti sebenar kehidupan. Sebagai ibu,kita bertanggung-jawab sekurang-kurangnya memberi galakan kepada anak-anak kita untuk memperbaiki diri.Seperti bumi ini, kita boleh mengecapi hidup dengan segala keajaiban dan kehebatannya.

Perubahan adalah satu kenyataan hidup - menolak perubahan bererti menolak kehidupan. Kehidupan setelah mempunyai anak banyak cabarannya,tetapi semua
itu berbaloi kalau kita memberi yang terbaik,kerana kita akan mendapat balasan dari segi emosi dan spiritual.Jangan jadikan ia perjuangan sendirian,libatkan orang lain.Bila kita membuka hati terdapat banyak ruang untuk ramai orang.Jika kita menutup hati,kita menutup pintu untuk peluang-peluang bagi belajar dan menyayangi.

Renungkan teguran Robin William dalam filemnya "Dead Poet's Soceity":

0 comments