Peristiwa - Lelaki Vs Perempuan

Posted by BuDakn4ruTo | 4:54 PM | | 0 comments »

Cuba anda renungkan perkara berikut, bandingkan peristiwa-peristiwa ini dengan pasangan, ahli keluarga atau rakan-rakan yang berlainan jantina.

Peristiwa:
Lelaki selalu hilang kunci, seluar dalam, stokin dan barang-barang peribadi. Mereka mencari dan terus mencari. Barang di dalam peti sejuk yang kecil pun tidak ditemuinya. Akhirnya, lelaki akan bertanya kepada perempuan sama ada mereka tahu di mana letaknya barang-barang tersebut. Yang peliknya – perempuan dapat menemuinya dengan mudah atau segera. Lelaki tersenyum malu atau menuduh perempuan menyoroknya. Perempuan pula selalu marah sebab lelaki mencari barang menggunakan mulut.


■Lelaki sukakan suasana senyap sunyi. Jika memandu, lelaki selalunya akan menyuruh ahli keluarga diam atau tidak bercakap terlalu banyak kerana ingin memberi tumpuan kepada pemanduan. Jika terdapat persimpangan dan perempuan sibuk bercakap dengannya, lelaki selalu terlepas persimpangan. ”Awak bercakap banyak sangat, saya dah silap jalan” atau ”Diam, saya nak tengok jalan mana untuk ke ...”. Tetapi jika perempuan memandu, bercakap dan memandu serentak tidak mendatangkan masalah. Mereka masih dapat memberi tumpuan kepada pemanduan dan memilih jalan yang betul!


■Perempuan yang silap jalan semasa memandu akan segera bertanya arah. Lelaki yang silap jalan akan mencuba sedaya upaya mencari jalan sebenar dan memberi penumpuan 110%. Lelaki tidak suka diganggu dengan cadangan supaya berhenti bertanya arah. Ego mereka tergugat.


■Perempuan-perempuan yang berbual tanpa kehadiran lelaki akan bercerita tentang pelbagai topik yang berkaitan atau tidak berkaitan tanpa susunan atau urutan cerita. Setiap dari mereka ada bahan yang hendak diceritakan dan bercakap sesuka hati tanpa ada susunan mahupun pendengar. Semua orang bebas bercakap serentak. Bila ditanya sama ada mereka faham semua cerita, memang menakjubkan perempuan ada keupayaan luar biasa untuk memahami setiap cerita walaupun mereka kelihatan seperti tidak mendengar.


■Lelaki yang menonton television selalunya tidak mendengar panggilan atau percakapan pasangannya. Dia kelihatan seperti orang pekak. Duduk diam menghayati rancangan television yang ditonton hinggalah perempuan yang memanggilnya marah atau melemparkan kata-kata yang mengganggu penumpuannya. Lelaki yang menonton television akan selalu berkata ”Saya memberi penumpuan 100% pada rancangan ini, lain kali cakap kuat-kuat”.

0 comments