tet tet tet msj sampai
sms ucapan hari raya la tu
amboi berseleranya dak lebai
makan ketupat tak ajak aku
Ramadhan kembalimu setahun sekali
rahsia milikmu dicari-cari
lailatul kadarmu dinanti-nanti
kini kau semakin jauh pergi
meninggalkan kesan di sanubari
kepergianmu pasti ditangisi
pun begitu aidilfitri pengubat hati
Maaf Dipinta sebelum ianya pergi
blk kampong smbl dengar lagu raya,
singgah sebentar di sg.perak,
aduhai seronok nyer blk beraya,
aku disini menagis teresak-esak…
sy asl dr selangor,
hari raya x blk kg,
sy ank jati selangor,
x usah kuar duit blk kg…
pergi ke kedai membeli tauhu,
pergi bersama datok penghulu
org xde kampung memang begitu
duduk la di kl ni jadi kera duku!!!!!
Bangkok dah pagi raya
Malaysia baru Deepavali
Tuan hamba mudik chao praya
Jangan lupa kembali
Pergi bersiram ditasik cini,
sudah bersiram beredar diri,
kalau setakat pengganti diri,
sebarang pantun pun boleh beri..
And so we fight:
Ada orang bersiram di tasik cini
Hamba di Pantai Cinta Berahi
Ini pantun bukan sebarang pantun
Ini pantun buat sendiri!
Her reply:
main bunga api di pAntai cinta berahi,
bila nak main gunakan mancis,
bukan cik tidak sudi
tapi tak syiok mcm bhs perancis
chewah, kejap nak pantun pas tu nak cakap peranchis.. nah ambik ni!
main mercun pakai mancis
mancis jenis cap tiga buncis
Cik Adik nak cakap bahasa peranchis
atau saja nak pancing french kiss?
let’s see what she says:
Hello diucap bila bertemu,
bila dah temu bemasam muka,
takkan lah pula cik nak bercumbu,
tuankan sudah ada yg punya… ish…
waaaah marah nampak… let’s see how she responds to this…
Memanglah kita bermasam muka
Bila makan terlalu banyak cuka
Ya memang hamba ada yang punya
Tapi cik adik apa kurang nya!
Dia merajuk pulak laaaa
Kalau dulu selalu bertemu,
sekarang pula macam dah jemu,
sudah lah kalau begitu,
cik malu berpantun denganmu
Cik adik merajuk memang nampak buruk
Berkelakuan macam lah beruk
Janganlah tuduh hamba jemu
Kalau berjumpa pun cik adik tak mahu
Before I make this beautiful Malay art into something that is too literary in nature for our younger readers googling for Raya Pantuns I’ll just stop here and continue with the festive mood… ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment